- JBS Sarawak
- Hits: 38
SUKAN BERBASIKAL SUKSAR IV 2026 MEDAN PERSAINGAN PINGAT DI BETONG, SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: EDP, JBSN Sarawak
BETONG, 23 Februari 2026 - Sukan Sarawak Keempat (SUKSAR IV 2026) telah diadakan pada 5 Febuari 2026 bermula dengan Perlumbaan Berbasikal Jalan Raya Lelaki (Mass Start), yang menampilkan 21 penunggang dari empat zon yang bersaing untuk merebut gelaran tertinggi.
Majlis pelepasan, yang diadakan pada jam 7.30 pagi di Dataran Medan, telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Dzulkornain Masron. Turut terlibat menjayakan acara sukan tersebut Jawatankuasa Sukarelawan Am dan Penyampaian Hadiah seramai 15 orang yang diselia oleh Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah, Pembantu Belia dan Sukan membantu petugas dan urusetia dalam melancarkan persiapan tempat sukan.
Sementara itu, Perlumbaan Berbasikal Jalan Raya Wanita dijadualkan berlangsung pada jam 1 tengah hari, dengan penyertaan sembilan penunggang. Majlis penyampaian pingat untuk kedua-dua kategori dijadualkan diadakan pada jam 5 petang hari ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
