- JBS Sarawak
- Hits: 30
Kerjasama Strategik Diperkukuh: Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak Adakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Februari 2026 — Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi mengeratkan kerjasama strategik dalam pembangunan belia dan kemahiran di negeri ini.
Delegasi diketuai oleh Dr Saidi Bin Zain, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak, bersama Puan Shara Casey Anak Keping Kanring, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak.
Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program Jerayawara Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak yang memberi fokus kepada pendedahan laluan latihan kemahiran, peluang pensijilan serta kebolehpasaran belia.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama strategik sempena penganjuran Program Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2026 di Bahagian Kuching.
Program tersebut dijangka menjadi platform penting memperkasa pembangunan belia melalui penglibatan agensi kerajaan, institusi latihan kemahiran dan rakan strategik industri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
