SAMARAHAN, 28 NOVEMBER 2024 - Mesyuarat Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Samarahan (DTTG) Samarahan BIL 2/2024 telah diadakan di bilik Mesyuarat Batang Sadong, Pejabat Residen Bahagian Samarahan pada 23 November 2024 jam 2:30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Hasanal, Pegawai Unit Sosial Pejabat residen serta dihadiri oleh agensi-agensi lain serta semua Pejabat Daerah di Bahagian Samarahan.
Mesyuarat ini bertujuan untuk pembentangan Laporan, Aktiviti, Program dan Projek Sepanjang tahun 2024 yang berkaitan dengan pelancongan yang diadakan di Bahagian Samarahan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Encik Abu Bin Amir dari Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
SAMARAHAN, 24 NOVEMBER 2024 - Program Kemahiran Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Tahun 2024 Bahagian Samarahan di Kolam Renang Power Penguin, Kota Samarahan. Program KLAS Renang telah dilaksanakan selama 6 sesi latihan.Program KLAS Renang ini telah melibatkan seramai 40 orang peserta kanak kanak yang terdiri daripada golongan B40 yang berumur 6 tahun - 12 tahun.
Para peserta akan didedahkan dengan teknik asas berenang. Antara objektif program ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun. Mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Meningkatkan kemahiran berenang individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan kesihatan peserta.
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Abu Bin Amir , mewakili Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
SAMARAHAN, 24 November 2024 - Pertandingan Esport Pesta Asajaya 2024 telah diadakan di Pusat penjaja MPKS Tambirat. Seramai 64 peserta dari dalam dan luar Daerah asajaya yang menyertai pada 18 – 24 November 2024 pertandingan telah diadakan secara online dan offline pada 24 November 2024.
Keputusan MLBB:
Johan :TIGA BELAS
Naib Johan : WAKIL PLUTO
Tempat ketiga : TEAM JAHOK
Tempat Keempat : TEAM AMIGOS
Most Valuable Player (MVP) : ANOSSSS
Keputusan PUBG:
Johan : TEAM CLUTCH
Naib Johan : GRUMPY OLD MEN
Tempat ketiga : MPF TERMINATOR
Tempat Keempat : LANGGAR LARI
tempat ketiga RM 300.00 berserta piala: TC.ANEP
Setiap kategori Johan memenangi wang tunai berjumlah RM 800.00 berserta piala, Naib Johan RM500.00 berserta Piala tempat ketiga RM 300.00 berserta piala dan tempat keempat RM 200.00 berserta piala. Manakala tempat ketiga RM 100.00 berserta piala.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Jerry Zannuddin Bin Bidin, Pegawai Daerah Asajaya dan turut bersama Encik Mark Leroy Anak Anthony, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
SAMARAHAN, 23 November 2024 - Penduduk di sekitar kawasan Kota Samarahan akan mempunyai akses mudah untuk mendapatkan maklumat kesihatan apabila Wellness Hub Kota Samarahan memulakan operasi pada April tahun hadapan.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata ketika ini kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dekat sini sedang giat dijalankan.
“Pusat seumpama itu juga yang pertama dibina di Sarawak, dan saya menyeru agar masyarakat menjadikannya rumah kedua dalam merujuk maklumat dan mendapatkan nasihat berhubung penjagaan kesihatan yang betul. “Meskipun ia akan beroperasi sepenuhnya pada April 2025, tetapi ketika ini program dan aktiviti sudah mula dijalankan. Ini penting supaya masyarakat tidak memandang ringan masalah kesihatan mereka,” katanya.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Terbuka Wellness Hub Kota Samarahan 2024 di Tasik Desa Ilmu, di sini, hari ini. Mengenai program tersebut, ia berlangsung dari 6 pagi hingga 2 petang ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bagi kesejahteraan hidup.
Terdapat pelabagai aktiviti menarik ditawarkan termasuk senamrobik yang dikendalikan oleh KBSI Sukiman Bin Adenan dan KBSI Pn. Norliati Binti Li , Pembantu Belia dan Sukan, amazing race, sukaneka, fun walk, plogging (jogging sambil mengutip sampah), Perkhidmatan Wellness On Wheel (WOW) dan banyak lagi.
Sehubungan itu, acara fun walk yang dijalankan di tasik itu juga disertai lebih 300 peserta terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak dan kakitangan agensi sekitar kawasan ini.
SAMARAHAN 21 NOVEMBER 2024 – Majlis Daerah Simunja telah mengadakan Mini Karnival Sukan (MKS) PBT Zon Selatan Tahun 2024 pada 20- 24 November 2024, bertempat di Dataran Simunjan, penglibatan seramai 400 orang.
Sorotan aktiviti yang berlangsung pada mini karnival tersebut dimulai dengan aktiviti Senamrobik untuk pembukaan dan juga sesi pemanasan badan sebelum memulakan pertandingan. Majlis penangguhan mini karnival berkenaan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Yang Berhormat En. Awla Bin Dris.
Sesi Senamrobik telah dikendalikan oleh Puan Norliati Binti Li, Pembantu Belia dan Sukan selaku KBSI dan ahli-ahli Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan.
SAMARAHAN, 19 November 2024 – Sebagai Program Pengiktirafan Melalui Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia Di Samping Meningkatkan Tahap Kemahiran Serta Nilai Tambah Kepada Individu Dalam Profesionalisme Pekerja Belia.
Objektif Program ini adalah untuk meningkatkan bilangan pegawai dan ngo yang mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan; Meningkatkan bilangan pekerja belia yang kompeten dan berkemahiran; Menggalakkan pendidikan dan penyelidikan berkaitan kerja belia, Sebagai subject matters expert (sme) kepada pegawai belia dan sukan untuk peningkatan kemahiran dalam kerjaya;dan peluang kerjaya sebagai pekerja belia bertauliah setara skm tahap 3,4 dan 5.
Bengkel ini telah diadakan pada 17-19 November 2024, bertempat di Harbour View Hotel Kuching, seramai 35 orang pegawai telah hadir sepanjang bengkel diadakan, Turut hadir adalah En. Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan bersama En. Mark Leroy AnaK Anthony dan Pn. Norliat Li.
SAMARAHAN, 02 NOVEMBER 2024 – Aktiviti Senamrobik di hujung minggu adalah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat khususnya penduduk yang tinggal di sekitar Kota Samarahan. Setiap hari Sabtu atau Ahad, bertempat di hadapan The Summer Shopping Mall Kota Samarahan. para ahli Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan serta masyarakat berpeluang bersama-sama memulakan pagi dengan penuh semangat.
Aktiviti senamrobik yang berlangsung ini bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal tetapi juga untuk merapatkan ukhwah di kalangan ahli kelab dan komuniti sekitar. Dengan iringan muzik yang bersemangat, setiap sesi dipenuhi dengan langkah-langkah yang menyeronokkan dan mudah diikuti, sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan.
Selain daripada manfaat fizikal, aktiviti ini juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Turut bersama setiap sesi senamrobik ini diadakan adalah Puan Norliati Binti Li, selaku Pembantu Belia dan Sukan dan juga merupakan salah seorang jurulatih kecergasan.
Disediakan oleh : Howard Bunsu Anak Resik, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 26 NOVEMBER 2024- Program Rakan Prihatin, Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 – Program Gotong-royong dan Program Cintai Alam Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2024 telah diadakan pada 24 November 2024 bertempat di Rumah Baying, Kumpang Langgir, Engkilili dan Wong Kemantan Lidi,Engkilili yang disertai seramai 65 orang sukarelawan.
Program tersebut telah dihadiri Encik Mohd Israk bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan turut dihadiri Puan Norfazira binti Saadi dan Encik Howard Bunsu Anak Resik sekalu Pegawai Penyelaras Program. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Baying, Ketua Kampung Rumah Kumpang Langgir, Engkilili diatas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.