- JBS Sarawak
- Hits: 55
Let Me Win !
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: Nuff,JBSN Sarawak
BINTULU, 12 FEBRUARI 2026: "Let me win, but if i cannot win, let me be brave in the attempt". Demikianlah slogan keramat Special Olympics Malysia National Games 2026 yang akan dilaksanakan di Bintulu pada 24 - 26 April 2026. Kejohanan ini akan mempertandingkan 8 acara iaitu badminton, renang, bocce, ping pong, bola keranjang, bowling, bola sepak dan olahraga.
Bagi menjayakan kejohanan ini, sebanyak 26 agensi kerajaan persekutuan dan negeri telah dipertanggungjawabkan dalam beberapa Jawatankuasa Kerja Kejohanan. Pejabat Belia dan Sukan Bintulu telah ditempatkan dalam Jawatankuasa Pengoperasian sukan dan acara. Perkara ini telah disahkan dalam mesyuarat penyelarasan kejohanan yang diadakan di Parkcity Everly Hotel, selasa lalu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang telah dihadiri oleh Encik Kigen Anak Satong dan Encik Hailey Robson Anak Banyang.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
