- JBS Sarawak
- Hits: 38
MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
Sarikei, 11 Februari 2026 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Bahagian Sarikei telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Paoh, SMK Sg. Paoh. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sebagai usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan sahsiah dan potensi golongan belia di peringkat bahagian.
Majlis pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan bahagian Sarikei, Bersama YBrs Puan Anna Su Siew Ling, Pengetua SMK Sg Paoh,YBrs En. Micheal Ak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Sektor Pembangunan Murid, yang turut menyampaikan sijil serta pin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada para penerima yang berjaya menamatkan keempat-empat komponen program, iaitu Khidmat Masyarakat, Pembangunan Kemahiran, Kecergasan Fizikal dan Pengembaraan.
Seramai 26 orang peserta terdiri daripada pelajar SMK Sg. Paoh Sarikei telah ditauliahkan Tahap Gangsa pada majlis berkenaan setelah memenuhi syarat dan tempoh pelaksanaan yang telah ditetapkan mengikut garis panduan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penyertaan aktif para remaja dalam program ini membuktikan komitmen tinggi mereka dalam usaha membangunkan jati diri, kepimpinan serta semangat kesukarelawanan.
Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat pendidikan Daerah Sarikei, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Guru-Guru SMK Sg. Paoh serta ibu bapa peserta. Penganjuran majlis ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai golongan belia di Bahagian Sarikei untuk menyertai program pembangunan belia yang dianjurkan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah penerima ARPRM.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
