Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 3 DISEMBER 2024 – Program Mobilisasi SATRIA Siri 1 Peringkat Bahagian Miri telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 November 2024 yang lalu melibatkan kerjasama bersama Kelab Belia Bestari Bandar Miri. Penyertaan melibatkan 80 orang sukarelawan yang berumur dari 15 hingga 30 tahun. Aktiviti yang telah dilaksanakan pada kali ini ialah membungkus dan menyerahkan sumbangan kepada yang memerlukan. Antara lokasi untuk penyerahan sumbangan ialah Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Miri.
Sukarelawan juga berkesempatan menyantuni warga Peryatim sebelum sesi penyerahan sumbangan dan cenderahati. Diharapkan setiap sukarelawan mendapat manfaat dan memupuk semangat kesukarelawan dalam diri mereka terutamanya golongan belia. Objektif program ini ialah untuk menjadikan kesukarelawanan sebagai suatu gaya hidup bagi membentuk peribadi belia yang positif serta komited dalam membantu masyarakat dan negara. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi pelaksanan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 74