- JBS Sarawak
- Hits: 8
Taklimat Pengenalan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) PPKS Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 12 FEBRUARI 2026 – Taklimat Pengenalan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah dilaksanakan pada 12 Februari 2026 di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Mukah. Sesi taklimat telah disampaikan Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah kepada 50 orang pelajar PPKS Mukah berumur antara 17-24 tahun.
Pejabat melalui Pegawai Unit Rakan Muda akan menerangkan dengan lebih jelas ARPRM kepada pihak PPKS bagi memudahkan pelaksanaan program ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, pihak pejabat berharap ARPRM akan diperluas lagi ke sekolah-sekolah, IPTA dan IPTS yang lain. Hadir sama ke taklimat tersebut ialah Encik Mohammad Arbi Rosli dan Puan Noorlina Mirais serta tenaga pengajar PPKS Mukah yang terlibat. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu PPKS Mukah dalam menjayakan taklimat yang telah diadakan.
