- JBS Sarawak
- Hits: 14
Sesi Verifikasi Akhir SKM Tahap 3 Encik Lanting Mala
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: M.Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 13 Februari 2026 – Encik Lanting Mala, Pembantu Belia dan Sukan yang juga merupakan pegawai Unit Pembangunan Belia di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah selesai menjalani sesi verifikasi akhir bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, semalam. Sesi penilaian bagi bidang Pelaksanaan Kerja Belia tersebut telah dilaksanakan secara dalam talian bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Puan Syarifah Yuliana binti Syed Amran.
Prosedur verifikasi ini merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi mengesahkan kompetensi calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sepanjang sesi penilaian, aspek pengetahuan teknikal serta bukti keterampilan pengalaman kerja calon telah disemak secara terperinci bagi memastikan pematuhan terhadap Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Penyelesaian sesi verifikasi ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pegawai yang memiliki persijilan profesional di setiap dearah, sekaligus mendukung objektif jabatan dalam memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan pembangunan belia di bahagian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
