- JBS Sarawak
- Hits: 90
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON TITAN BADMINTON CLUB DAN KELAB SUKAN REKREASI POLITEKNIK MUKAH (KESURES)
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 18 DISEMBER 2024 – Satu perlawanan persahabatan badminton antara Titan Badminton Club dan Kelab Sukan Rekreasi Politeknik Mukah (KESURES) telah diadakan pada 12 Disember 2024 bertempat di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Encik Mohammad Arbi bin Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut terlibat dalam perlawanan tersebut.
Perlawanan persahabatan tersebut bertujuan mengeratkan jalinan ukhuwah antara jabatan dan komuniti selain untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli-ahli kelab. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan tahniah kerana telah menganjurkan perlawanan tersebut dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 90