- JBS Sarawak
- Hits: 70
PROGRAM RAKAN DEMOKRASI: KUASA ORANG MUDA MEMBERI IMPAK POSITIF DAN LEMBARAN BARU KEPADA BELIA BERHUBUNG HAK DAN KUASA ORANG MUDA
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 15 JANUARI 2025 – Program Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda telah dilaksanakan pada 10 Januari 2025 bertempat di Dewan Sri Kenanga, Kolej Vokasional Betong. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Kelab Skuad Wanita Harapan Sabah telah disertai oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Betong.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam sistem demokrasi, menggalakan penglibatan aktif belia dalam aspek kepimpinan, komuniti dan pembangunan sosial serta mencetus semangat kepimpinan di kalangan generasi muda untuk menjadi pemimpin berwibawa.
Hadir sama semasa program Tuan Mohd Amin bin Mohamed Noor, Pengarah di Kolej Vokasional Betong, pegawai kanan, kaunselor dan pegawai penyelaras Kolej Vokasional Betong serta Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut menyampaikan sijil kepada wakil peserta.
- JBS Sarawak
- Hits: 70