- JBS Sarawak
- Hits: 57
PROGRAM ZIARAH KASIH 2.0 BERSAMA MAKSAK BAHAGIAN LIMBANG MENCERIAKAN HARI NATAL YANG BAKAL BERTANDANG
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 24 DISEMBER 2024 – “HULURKAN TANGAN RINGGANKAN BEBAN”
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak Bahagian Limbang (MAKSAK WANITA) dengan kerjasama Saberkas Cawangan Bukit Sari telah menganjurkan program Ziarah Kasih 2.0 sempena hari Natal 2024 semalam di Hospital Lawas, Lawas. Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Unit Rakan Muda Merangkap Pen.Setiausaha Maksak Bahagian Limbang turut sama menyertai Kunjungan kasih Tersebut.
Objektif program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka memandangkan sambutan Hari Natal yang akan menjelma tidak lama lagi. Dengan adanya Ziarah Kasih 2.0 ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga menjelang hari Natal yang akan disambut kelak. Langkah ini juga diharapkan dapat mengilhamkan yang lain untuk turut serta dalam usaha meringankan bebanan orang lain, khususnya dalam situasi yang mencabar.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 57