- JBS Sarawak
- Hits: 49
PUSAT TAHFIZ DAR AL-SYAFI’ JADI LOKASI PILIHAN RAKAN MUDA RAMADAN
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2026 – Pusat Tahfiz Al-Quran Dar Al-Syafi’, Kampung Tanjung Bundong hari ini menjadi tumpuan golongan belia sempena penganjuran Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Samarahan.
Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan ini bertujuan menyuntik nilai kerohanian dan sahsiah terpuji dalam kalangan anak muda sepanjang bulan mulia ini. Bertepatan dengan 8 Ramadan 1447H, pengisian program menekankan kepada interaksi antara belia luar dan pelajar tahfiz melalui aktiviti tadarus perdana serta perkongsian gaya hidup Rakan Muda.
Penganjuran di pusat tahfiz ini memberi dimensi baharu di mana para peserta berpeluang menyelami rutin harian pencinta Al-Quran, sekali gus memupuk minat mereka terhadap pengajian agama. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa secara sederhana yang menggambarkan semangat ukhuwah dan kebersamaan antara penganjur dan komuniti setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsdsamarahan
