- JBS Sarawak
- Hits: 20
Program Mari Mengaji di Bulan Ramadan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 2 Mac 2026- Program Mari Mengaji di Bulan Ramadan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah bermula pada 22 Februari 2026 yang lalu.
Program ini dilaksanakan secara atas talian sebagai inisiatif mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan warga jabatan.
Sesi diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan penglibatan aktif pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian.
Program ini bukan sahaja memupuk penghayatan nilai kerohanian, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni, positif dan sejahtera sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
