SARIKEI, 14 Januari 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 1/2025 yang telah diadakan secara hybrid dan dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian seluruh Sarawak.
SARIKEI, 13 Januari 2025 : Daerah Sarikei pada hari ini telah melakar Sejarah Baharu apabila telah Berjaya melahirkan 9 orang penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak. Anugerah Rambu Pengakap merupakan anugerah tertinggi bagi seorang Pengakap Kanak-Kanak sebelum mereka melangkah ke tingkat seterusnya iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Dengan adanya skim Latihan pengakap yang bersistematik, Persekutuan Pengakap boleh melahirkan bakal pemimpin yang berkemahiran tinggi serta setia kepada agama, raja, bangsa dan negara.
Majlis Penyampaian Anugerah Rambu ini telah diadakan di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Adin, Sare dengan disempurnakan oleh Tuan Zalani bin Hj. Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sarikei. Hadir bersama dalam majlis ini ialah Tuan Mohd. Reza bin Rapaiee, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sarikei, Encik Mohd. Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Sarikei, Guru Besar, Penolong-Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin Kumpulan dan ahli pengakap.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua penerima rambu serta semua pemimpin yang bertungkus lumus melatih ahli-ahli Pengakap. PBSB Sarikei berharap agar anak-anak ini akan dapat menempuh alam remaja dan dewasa dengan lebih matang berbekalkan segala pengetahuan dan Kemahiran yang telah dipelajari selama mereka berpengakap.
BINTULU, 14 JANUARI 2025 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Negeri Sarawak Bilangan 1/2025 telah berlangsung secara bersemuka di peringkat Jabatan manakala di Bahagian pula menggunakan patform google meet yang telah diadakan pada pagi tadi.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan JBSN salah satunya menekankan etika kerja sebagai penjawat awam, perancangan perbelanjaan dengan bijak serta tidak lupa menngucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali bekerja kepada semua kakitangan.
Pengisian perhimpunan tersebut turut mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan kepada kakitangan, pertukaran dan kenaikan pangkat serta sambutan hari kelahiran kakitangan pada bulan November, Disember dan Januari.
Pihak pejabat mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih mendapat Anugerah Terbaik Bulanan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan.
KAPIT, 14 Januari 2025 - Jabatan Digital Negara (JDN) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuhkan keselamatan digital negara dengan memperkenalkan MyGPKI Roaming OTP. Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran keselamatan digital yang semakin kompleks, di samping mempermudah pengurusan pengesahan digital pengguna.
Roaming OTP merupakan perkhidmatan web yang membolehkan pengguna MyGPKI melaksanakan tandatangan digital dengan mudah dan selamat. Bermula tahun 2025, Sistem ePerolehan (eP) akan mengintegrasikan fungsi tandatangan digital ini menggunakan Application Programming Interface (API) MyGPKI baharu yang dibangunkan oleh JDN.
Bagi memberi pencerahan dan panduan kepada pengguna, Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan (MoF) dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengadakan Sesi Taklimat Pelaksanaan MyGPKI Roaming OTP dalam Sistem eP dan iGFMAS pada 14 Januari 2025 secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet.
Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan perolehan dan kewangan kerajaan dengan memastikan penggunaan tandatangan digital yang lebih cekap dan selamat. Para peserta dijemput untuk menyertai sesi taklimat ini bagi memahami fungsi dan manfaat MyGPKI Roaming OTP secara lebih mendalam. Turut hadir ke taklimat tersebut adalah En. Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
KAPIT, 14 JANUARI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2025 pada 8 Januari 2025 yang lalu bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan dihadiri oleh semua staf. Objektif mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan berkenaan pengurusan pentadbiran pejabat, tadbir urus kewangan, aset&stor dan pembentangan pelaporan program Belia, Sukan dan Rakan Muda serta program kerjasama strategik bersama agensi kerajaan negeri dan NGO’s sepanjang tahun 2024. Pengerusi berharap pegawai dan kakitangan pejabat ini akan sentiasa mematuhi etika kerja, melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan berintergriti serta meningkatkan prestasi kerja bagi mencapai objektif jabatan.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 14 JANUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput untuk hadir bersama ke Majlis Golden Star Night MGTF Sarawak 2024 pada 11 Januari 2025 di MK99 Seafood Restaurant Mukah bagi menghargai penglibatan para peserta serta barisan kepimpinan dalam kejohanan dan program-program yang telah telah dilaksanakan pada tahun 2024.
Majlis telah dihadiri Yang Berhormat Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah, Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, ADUN N.57 Tellian dan Grandmaster Dato’ Ts.Amir Md Noor. Pejabat telah diwakili Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Noorlina binti Mirais.
BINTULU, 13 JANUARI 2025 – Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu yang telah dipengerusikan oleh Encik Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu, Rabu lepas.
Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan pengurusan pejabat, keselamatan, perlindungan, pengurusan aset alih kerajaan, pengurusan kewangan dan akaun serta program profile yang telah dilaksanakan di peringkat Bahagian.
Semoga semangat dan azam tahun baru ini kita dapat mengekalkan serta meningkatkan produktiviti kerja dengan cemerlang.
SARIKEI, 11 Januari 2025 : Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah telah menghadiri Majlis Konvokesyen TASKI Al-Muttaqqin, Sarikei yang telah diadakan di Dewan Masjid Al- Muttaqqin, Sarikei. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ayahnda Temenggong Hj. Awgku Ibrahim bin Awgku Hussein.
PBSB Sarikei merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan TASKI Al- Muttaqqin yang dilantik pada tahun 2024. Selain berperanan menyumbang idea dan kepakaran, penglibatan PBSB Sarikei dalam jawatankuasa ini juga adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial (CSR) dalam menyantuni kanak-kanak khususnya di bahagian Sarikei.
PBSB Sarikei mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam majlis ini.
BINTULU, 8 JANUARI 2025 – Tahniah diucapkan kepada Encik Ajira Mohd Hakim bin AjiraIskandar kerana telah berjaya menubuhkan Kelab Rakan Muda Kampung Masjid. Penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran telah dilaksanakan oleh Encik Kigen anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu kepada Encik Ajira Mohd Hakim bin AjiraIskandar selaku Pengerusi Kelab Rakan Muda Kampung Masjid.
Pihak Pejabat berharap agar kelab ini dapat menerajui belia rakan muda khususnya di Bahagian Bintulu dengan program-program dan aktiviti-aktiviti dan memperluaskan lagi gaya hidup rakan muda.