- JBS Sarawak
- Hits: 8
Pertandingan Suka-Suka Ramadan Slingshot Double JBSN SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 4 Mac 2026 – Seramai 14 peserta membabitkan 7 pasukan telah menyertai Pertandingan Suka-Suka Ramadan Slingshot Double anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pertandingan santai berkonsepkan persahabatan ini diadakan bersempena bulan Ramadan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan.
Acara berlangsung dalam suasana meriah namun kompetitif, dengan setiap pasukan mempamerkan kemahiran serta strategi terbaik dalam kategori beregu (double).
Selain memupuk semangat kesukanan, program ini turut menjadi platform menggalakkan gaya hidup aktif walaupun dalam bulan puasa.
Pihak penganjur berharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh ukhuwah dan semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
