- JBS Sarawak
- Hits: 21
Exit Conference Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan PBSB Kapit bersama JANM Cawangan Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 4 MAC 2026 – Mesyuarat Penutup (Exit Conference) Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2025 telah dipengerusikan oleh Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit, Encik Muhaimin bin Mohd Mokhtar, bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Kapit , yang dihadiri oleh Puan Olivia Anak Kaminis selaku Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama pegawai dan kakitangan PBSB Kapit yang lain.
Tujuan utama Exit Conference ini diadakan adalah pembentangan daripada pihak naziran JANM Kapit berkenaan penemuan audit dan penilaian prestasi perakaunan di PBSB Kapit. Ia juga memberi ruang kepada pejabat untuk memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan dan membuat penambahbaikan yang perlu diambil oleh PBSB Kapit. Pihak JANM Kapit mengucapkan terima kasih kepada pihak PBSB Kapit atas keterlibatan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh naziran.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#HarungiBersama
#IhsanMADANI
#pbsbkapit
