- JBS Sarawak
- Hits: 34
Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 4 MAC 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit berbesar hati menerima kunjungan Pasukan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan yang diketuai oleh Encik Azmi bin Bujang Jitny dan dua (2) pegawai lain dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kapit. Program naziran ini dijalankan selama dua hari iaitu pada minggu lalu selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138 yang bertujuan memastikan PTJ mematuhi semua peraturan kewangan dan perakaunan semasa.
Sesi pembukaan naziran (opening) telah berlangsung pada 23 Februari yang lalu bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Wisma Persekutuan Kapit. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Anak Kaminis selaku ketua pejabat mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak naziran.
Tujuan naziran diadakan adalah untuk memantau pematuhan prosedur kewangan semasa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, ianya dapat memastikan keberkesanan operasi organisasi demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya memberi pemahaman kepada kakitangan serta pegawai berkenaan tugas kewangan yang dilaksanakan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanAktif
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbkapit
