Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 22 JANUARI 2025 – Jabatan Alam Sekitar Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat keatas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat anak Nyalau bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak hari ini.
Rombongan tersebut diketuai oleh Encik John Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak berserta pegawai-pegawai dari agensi tersebut.
Pertemuan singkat tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelaksanaan program-program berkaitan kesedaran alam sekitar kepada belia-belia di Sarawak.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Pn. Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda, Pn. Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 93