- JBS Sarawak
- Hits: 22
Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026 di Madrasah Al Quran Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026 di Madrasah Al-Quran Mukah telah dilaksanakan pada 1-8 Mac 2026. Aktiviti tadarus melibatkan belia berumur 13-30 tahun telah dilaksanakan sebagai pengisian kepada program bagi mengimarahkan bulan Ramadhan 1447H. Penyertaan sebanyak 24 orang peserta telah dibimbing oleh guru mereka iaitu Encik Abu Handalah Latip, Encik Muhammad Zakri Mustapha dan Encik Mohd Khairul Anwar Mohamad Yusof.
Puan Noorlina selaku Pegawai Penyelaras Program mewakili pejabat mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak Madrash Al-Quran Mukah terutama kepada Ustaz Haji Aminuddin Anas, Mudir Madrasah Al-Quran Mukah atas kerjasama serta sokongan penuh dalam pelaksanaan program dengan jayanya. Pejabat berharap program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara belia yang terlibat seterusnya sedikit sebanyak memberi impak positif ke arah pembangunan sahsiah belia.
