- JBS Sarawak
- Hits: 36
Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawakku Sayang Bahagian Kapit Bil.2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 10 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawakku Sayang Bahagian Kapit Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 6 Mac lalu bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Kapit. Mesyuarat penyelarasan ini telah dipengerusikan oleh Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, YB Dato’ Alexander Nanta Linggi. Sesi perbincangan strategik ini turut dihadiri oleh YB Datuk Jefferson Jamit Anak Unyat bersama wakil-wakil agensi kerajaan yang lain.
Agenda utama mesyuarat adalah untuk memperhalusi perancangan, menyelaras gerak kerja, serta memastikan kelancaran persediaan logistik bagi penganjuran Program Sarawakku Sayang peringkat bahagian. Acara berskala besar ini dijadualkan bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Perkarangan Dewan Suarah Kapit yang akan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Kolaborasi erat antara semua agensi amat penting bagi memastikan program tersebut kelak berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya untuk menyantuni masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan seperti pameran, perkhidmatan agensi kerajaan, aktiviti keusahawanan, aktiviti sukan dan pentas rakyat. Program ini akan diadakan di 12 buah bahagian di seluruh negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
