- JBS Sarawak
- Hits: 33
Semarak Rakan Muda Ramadan Di Kampung Gelam Song
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 10 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit meneruskan inisiatif menyantuni komuniti pada bulan yang mulia ini menerusi penganjuran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kapit 2026. Siri program kali ini telah berlabuh di daerah Song, bertempat di Masjid Nurul Islam, Kampung Gelam pada 5 Mac yang lalu dengan kerjasama JKKK masjid . Inisiatif berteraskan kesukarelawanan dan kerohanian ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif belia setempat dalam mengimarahkan institusi masjid, di samping mengeratkan ukhuwah bersama masyarakat setempat. Seramai lebih 30 orang belia telah menyertai program ini iaitu dari SMK Song dan SMK Song No.2.
Majlis perasmian program yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Kapit, Ustaz Kassim bin Mohidin. Turut mengiringi beliau adalah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis. Sokongan teguh daripada agensi agama dalam program seumpama ini amat penting bagi memastikan penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah belia selari dengan tuntutan agama. PBSB Kapit berharap agar platform Rakan Muda ini terus menjadi wadah utama dalam membentuk jati diri generasi muda yang bukan sahaja cergas fizikalnya, malah utuh rohaninya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
#RakanMuda
