BETONG, 28 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 4 telah berlangsung pada 27 Julai 2025 di Gelanggang Futsal Spaoh.
Program ini merupakan siri keempat daripada keseluruhan 12 siri dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan yang lebih meluas dalam siri-siri akan datang. Kehadiran ramai peserta menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 26 Julai 2025 – Pertandingan Panahan Ukhwah Terbuka Spaoh 2025 yang dianjurkan oleh Kelab Memanah Tradisional Asy Syifa mendapat sambutan baik dengan penyertaan seramai 107 peserta dari pelbagai bahagian. Acara berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok (26–27 Julai 2025) bertempat di Padang Lot Spaoh.
Pelaksanaan pertandingan ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).
Majlis simbolik serta perasmian telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Menurut pihak penganjur, objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk mempererat ukhwah dalam kalangan masyarakat di samping mempromosikan sukan memanah tradisional sebagai aktiviti riadah yang sihat dan berfaedah.
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan penganjuran Pertandingan Panahan Ukhwah Terbuka Spaoh 2025 dengan begitu lancar dan meriah.
BETONG, 25 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 3 telah berlangsung dengan meriah pada hari ini di Wisma Persekutuan Saratok.
Program ini merupakan siri ketiga daripada keseluruhan 12 siri dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan yang lebih meluas dalam siri-siri akan datang. Melalui pelaksanaan program seperti ini, diharapkan semangat perpaduan, kesedaran sivik, dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dapat terus diperkasakan.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 24 Julai 2025 – Satu mesyuarat penyelarasan bagi penganjuran Program Ulu Paku Challenge Fiesta 2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Heliconia, Majlis Daerah Betong. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Lister Clement Guwie, Setiausaha Majlis Daerah Betong.
Ulu Paku Challenge Fiesta 2025 merupakan sebuah acara yang mengintegrasikan elemen-elemen menarik seperti cabaran sukan kompetitif dan aktiviti eko-pelancongan yang memberikan pengalaman unik kepada para peserta. Program yang dirancang ini dijadualkan berlangsung pada bulan September 2025 dan akan diadakan di Rumah Mendit Penom, Ulu Paku.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar serta meningkatkan penglibatan komuniti tempatan dan peserta berpeluang untuk menyertai pelbagai cabaran sukan yang mengujakan termasuk mendaki, larian denai dan laluan halangan.
Semoga perancangan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
BETONG, 21 Julai 2025 – Kehangatan semangat kesukanan dan nilai perpaduan jelas terpancar menerusi penyertaan pasukan dari Bahagian Betong dalam Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan meriah pada 19 Julai 2025 di Kuching, Sarawak.
Program yang menghimpunkan komuniti sukan ini telah mempertandingkan tiga acara utama iaitu ping pong, bola jaring, dan sepak takraw. Pertandingan ping pong berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), manakala acara bola jaring dan sepak takraw pula diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Bagi kategori bola jaring, Betong telah diwakili oleh dua pasukan hebat iaitu Pasukan Miracle dan Mixter. Dalam acara sepak takraw pula, Pasukan Serudit dan Pelasok tampil mewakili daerah ini. Sementara itu, bagi pertandingan ping pong, pasukan Table Titans dan JPJ Betong telah menunjukkan aksi yang membanggakan.
Setiap pasukan menunjukkan disiplin, semangat juang dan kerjasama yang tinggi sepanjang pertandingan. Kehadiran dan penglibatan aktif mereka membuktikan bahawa sukan bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga medium penting dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai latar belakang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat kesukanan dan kerjasama padu yang ditunjukkan. Anda semua adalah lambang perpaduan dan semangat komuniti yang membanggakan.
SRI AMAN, 31 JULAI 2025 - Semangat Kesukarelawan yang tinggi terus di zahirkan oleh Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Sri Aman dalam membantu Mangsa insiden Kebakaran di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Sri Lamanak, Sri Aman.
Memasuki hari ke-4 PPS Dewan Sri Lamanak dibuka, kecekalan barisan anak-anak muda ini masih terus Komited, berdedikasi dan profesional dalam menghulurkan pertolongan kepada mangsa insiden kebakaran yang masih berada di PPS tersebut. Seawal pagi mereka datang untuk membersihkan kemudahan asas seperti ruang solat, Tandas dan persekitaran dalam dewan, demi untuk memastikan keselesaan yang berterusan kepada mangsa.
Pada sebelah malam, sebelum mengakhiri tugasan mereka, mereka akan memastikan bahawa semua longgokan sampah dihantar ke tempat pengumpulan sampah untuk di kutip oleh pihak MDSA. Selain itu mereka juga diberi tanggungjawab untuk mengumpul, mengasingkan dan mengagihkan barang-barang bantuan yang diterima dari penderma untuk memastikan setiap mangsa menerima bantuan yang diperlukan dengan segera.
Syabas dan tahniah kepada barisan anak-anak muda ini..
SRI AMAN, 28 JULAI 2025 - Pasar Belia @ Pop Up Market Rakan Muda- Rakan Niaga Peringkat Bahagian Sri Aman telah menghimpunkan 26 buah gerai-gerai jualan makanan,minuman, pakaian Dan kraftangan bertempat di Newtown Tamu Sri Aman.
Pelbagai aktiviti sampingan turut di anjurkan oleh Kelab Belia Transformasi Bandar Simanggang termasuklah Pertandingan untuk kanak-kanak, Pertandingan menghias gerai-gerai, persembahan bermukun, karaoke, serta busking.
Rata-rata perniaga dan pengujung menyuarakan pandangan positif dan mengharapkan lebih kerap lagi program seperti ini di laksanakan di Bandar Sri Aman.
SRI AMAN, 25 JULAI 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Pantu 2025 Bil.4/2025 telah diadakan di Wisma SADA bagi pelarasan akhir aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis rasmi sempena Pesta Pantu 2025 yang akan berlangsung bermula 2 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025.
Pelbagai aktiviti,acara dan program yang menarik telah di muktamadkan bakal berlangsung sempena Pesta Pantu Tahun 2025. Selain itu turut di meriahkan lagi dengan pameran agensi serta gerai jualan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di amanahkan Jawatankuasa Induk Pesta Pantu untuk menganjurkan Kejohanan LIBAS@ Sepak Takraw Dan Kejohanan Street Soccer U12. Encik Howard Bunsu Resik dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir ke mesyuarat tersebut.
SRI AMAN, 21 JULAI 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sri Aman berjaya dilangsungkan di Culture Centre, Waterfront Simanggang hari ini, dengan menghimpunkan suara anak muda dan pemimpin pelbagai agensi kerajaan dalam satu wadah dialog terbuka, demi memperkukuh dasar pembangunan belia tempatan.
Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini turut menyaksikan penglibatan aktif sembilan kelab belia serta beberapa agensi kerajaan utama. Antara kelab belia yang terlibat ialah Kelab Belia Perdana Jalan Sabu, Kelab Belia Transformasi Aktif Bandar Simanggang, Kelab Belia Gemilang Bandar Sri Aman, Kelab Belia Seni Bandar Simanggang, Kelab Belia Kreatif Bandar Simanggang, Kelab Belia Pekan Engkilili, Kelab Belia Usaha Kreatif Bandar Simanggang, Kelab Belia Warisan Budaya Bandar Sri Aman dan Kelab Belia Kampung Hulu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Khalid Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, En. Hamizan Yahya, wakil Pejabat Daerah Sri Aman, Ketua-ketua jabatan, pengerusi kelab belia serta wakil-wakil belia dari seluruh bahagian.
Perbincangan yang berlangsung sepanjang sesi membuktikan keprihatinan serta kesediaan pemimpin muda tempatan dalam menangani isu-isu semasa, termasuk peluang pendidikan, pembangunan usahawan muda, penglibatan belia dalam sukan dan seni budaya, serta cabaran sosial yang dihadapi komuniti setempat.
Usul-usul yang dibangkitkan sepanjang MPBN Bahagian ini dilihat sebagai input penting untuk diangkat ke peringkat negeri dan kebangsaan, agar dasar pembangunan belia dapat dilakar dengan lebih inklusif.
Majlis diakhiri dengan semangat dan keyakinan bahawa segala pandangan dan input yang dibentangkan akan membuka jalan kepada pembangunan belia yang lebih holistik, progresif dan inklusif. Sesungguhnya, amanah terhadap belia adalah tanggungjawab bersama yang tidak pernah berakhir.