- JBS Sarawak
- Hits: 10
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 19 MAC 2026 – “marhaban ya Ramadan” Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menerusi unit Rakan Muda telah menganjurkan satu program yang dinamakan Rakan Muda Ramadan bagi tahun 2026 Masihi bersamaan 1447 Hijjrah yang berlangsung di Beberapa Surau dan Masjid sekitar Limbang pada minggu lalu.
Program ini bertujuan untuk menarik minat belia bagi menghidupkan bulan mulia iaitu bulan Ramadan al-mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan Sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sempena Rakan Muda Ramadan kali ini ialah Pertandingan Khat bagi Lelaki dan Wanita, Pertandingan Nasyid pertandingan Azan, Tadarus Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan lebih 250 orang Belia Seluruh Limbang.
Program Ini turut dihadiri oleh Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Beliau berkata, program seperti ini haruslah diteruskan kerana memberi impak yang sangat positif kepada golongan belia. Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir membantu dan menjayakan Program Tersebut. Semoga usaha ini dapat dijadikan platform untuk melahirkan belia yang mencintai Agama, Bangsa dan Negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
