- JBS Sarawak
- Hits: 9
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LIMBANG AGROFEST TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 19 MAC 2026 – Awal minggu ini telah berlangsungnya Mesyuarat Perlarasan Jawatankuasa Induk bagi program Limbang Agrofest Tahun 2026 . Perbincangan tersebut yang dihadiri oleh Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama Agensi yang terlibat bagi Program itu. Limbang Agrofest 2026 akan dijalankan pada 24-26 April 2026 di Lot 777, Limbang.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pengisian dan aktiviti yang bakal dilangsungkan semasa Program berlangsung.. Langkah ini juga diharapkan dapat menjalinkan lagi hubungan baik diantara agensi.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dengan kerjasama yang dibeikan. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
