- JBS Sarawak
- Hits: 10
SESI PERJUMPAAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PARLIMEN P221 LIMBANG BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN PERSEKETUAN DAERAH LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 19 MAC 2026 – Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Ahli Parlimen P.221 Limbang telah menganjurkan satu sesi Perjumpaan dan majlis berbuka puasa pada minggu lalu bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang.
Majlis tersebut dianjurkan bagi merapatkan lagi silaturrahim di kalangan Jabatan bersama pemimpin serta dapat memberi pandangan serta buah fikiran bagi memajukan Bahagian Limbang. Encik Rynnille Elsther Peter dan Encik Zaini Bin Abd Talib telah hadir menyantuni jemputan ke majlis tersebut mewakili PBSB Limbang.
Mengambil peluang di majlis tersebut, Yb Datuk Haji Hasbi turut mengadakan perbincangan tentang aktiviti dan perancangan kerjasama bagi melaksanakan program sepanjang tahun 2026. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak positif terhadap pelaksanaan aktiviti yang sihat di kawasan setempat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
