- JBS Sarawak
- Hits: 27
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MELAWAT TAPAK NAIK TARAF PROJEK PADANG BOLA SEPAK KAMPUNG BUMBOK, BAU, SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Mac 2026 – Yang Berhormat Tuan Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Padang Bola Sepak Kampung Bumbok, Bau, Sarawak bagi meninjau keadaan kemudahan sukan serta perkembangan aktiviti belia di kawasan tersebut.
Lawatan berkenaan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen P196 Stampin serta Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama-sama meninjau keadaan padang bola sepak yang menjadi tumpuan aktiviti sukan komuniti di kampung tersebut. Lawatan tersebut bertujuan menilai keperluan menaik taraf padang bola sepak di kampung berkenaan seperti penyelenggaraan padang, kemudahan asas dan bagi memastikan padang tersebut dapat dimanfaatkan secara optimum oleh golongan belia.
Melalui Kementerian Belia dan Sukan komited dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti terutama di kawasan luar bandar agar bakat-bakat muda dapat diketengahkan dan aktiviti sukan dapat terus diperkasa. Padang bola sepak seperti ini bukan sahaja menjadi tempat aktiviti sukan tetapi juga pusat penyatuan komuniti, khususnya dalam kalangan belia. Beliau turut menyatakan bahawa pihak kementerian akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh komuniti setempat bagi memastikan kemudahan sukan di kawasan tersebut dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Lawatan ini dilihat sebagai satu usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan belia dan sukan di seluruh negara terus diberi perhatian, termasuk di kawasan luar bandar seperti Kampung Bumbok. Program lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama komuniti setempat serta perbincangan ringkas bersama wakil belia kampung
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
