- JBS Sarawak
- Hits: 14
RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 19 MAC 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menerusi unit Rakan Muda telah menganjurkan satu program peringkat negeri yang dinamakan Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2026 Masihi bersamaan 1447 Hijjrah yang berlangsung di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, Kota Samarahan pada minggu lalu.
Program satu hari ini bertujuan untuk menarik minat belia bagi menghidupkan bulan mulia iaitu bulan Ramadan al-mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan Sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
Program Ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Beliau berkata, program seperti ini haruslah diteruskan kerana memberi impak yang sangat positif kepada golongan belia. Puan Aimy Alisha Charlie dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir bersama Muhammad Izzilarif Bin Abdul Muhsen iaitu peserta Khatam Quran bagi menjayakan Program Tersebut. Semoga usaha ini dapat dijadikan platform untuk melahirkan belia yang mencintai Agama, Bangsa dan Negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
