BETONG, 14 Mac 2025 - Satu sesi perbincangan mengenai pelaksanaan Program Literasi Kewangan Belia 2025 Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 13 Mac 2025 bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan ini bertujuan menyelaras persiapan untuk memastikan kelancaran program yang akan dilaksanakan.
Program Literasi Kewangan ini merupakan pelan strategik Kementeria Belia dan Sukan (KBS) dalam Kerangka Pelan Strategik KBS di bawah Teras 1, Strategi 1: Penjanaan Ekonomi sebagai langkah membolehkan pengurusan kewangan dilakukan dengan baik khususnya di kalangan belia serta memberi pendedahan kepada belia tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang yang mensasarkan penyertaan belia berumur dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun.
Betong, 14 Mac 2025 - Mixter Netball Club yang diwakili oleh Setiausaha Kelab, Rachel Clara anak John telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong untuk menerangkan serta memaklumkan mengenai Pertandingan Bola Jaring Tertutup yang akan dilaksanakan di peringkat bahagian Betong melalui peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK).
Objektif bagi pelaksanaan pertandingan tersebut adalah untuk mencungkil bakat di peringkat akar umbi serta menggalakkan masyarakat membudayakan sukan.
Perbincangan ini diadakan sebagai persediaan awal bagi memastikan kelancaran penganjuran acara yang dijangka pada bulan Mei 2025 bertempat di Riveria Sports Complex, Debak. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian betong dalam sesi perbincangan tersebut ialah Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama Cik Azira A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 10 Mac 2025 – MAKSAK Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 pada 10 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs Tuan Richard anak Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Betong.
Mesyuarat telah dimulakan dengan perutusan daripada tuan Pengerusi dan pengesahan Minit Mesyuarat Tahunan MAKSAK Bahagian Betong Tahun 2024. Agenda mesyuarat seterusnya dilanjutkan dengan pembentangan laporan kewangan dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024. Mesyuarat turut membincangkan perancangan aktiviti ahli bagi tahun 2025.
Kehadiran mesyuarat disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bahagian Betong. Hadir bersama ke mesyuarat ini ialah Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Syabas dan tahniah kepada MAKSAK Bahagian Betong atas kejayaan yang telah dicapai dalam pelaksanaan serta penyertaan aktiviti pada tahun 2024 sama ada di peringkat bahagian, negeri dan juga kebangsaan. Semoga semua perancangan aktiviti bagi tahun 2025 dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
BETONG, 7 MAC 2025 – Satu sesi perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Betong telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan dihadiri Puan Rosita binti Waili, PK Pentadbiran, Encik Azimin bin Abd. Arzis, PK Kokurikulum, Encik Azhar bin Bastani, GKMP Pendidikan Islam dan Encik Ali Imran bin Md Salleh, Guru Al-Quran SMK Agama Saratok.
Objektif program adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian serta membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah pertandingan hafazan bagi kategori lelaki dan wanita yang berumur antara 13 – 18 tahun pada 13 Mac 2025 di SMK Agama Saratok.
Para pemenang akan menerima saguhati berbentuk wang tunai bagi Johan, Kedua dan Ketiga. Johan peserta lelaki dan perempuan akan mewakili bahagian Betong ke peringkat negeri yang akan diadakan Kuching pada 18 Mac 2025. Hadir sama Cik Jojo anak Tehan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Betong. Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan guru yang memberi sokongan dan kerjasama pengelolaan program tersebut serta turut menyampaikan banting promosi 10 gaya hidup Rakan Muda kepada pihak sekolah.
BETONG, 6 Mac 2025 – Satu sesi perbincangan program telah diadakan pada hari ini bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan perancangan dan pelaksanaan program Belia dan Rakan Muda yang akan diadakan dalam masa terdekat dan akan datang. Hadir sama semasa sesi perbincangan Cik Azira binti A.Manan, pegawai Unit Pembangunan Sukan, Cik Jojo anak Tehan, pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda dan Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah, pegawai Unit Pembangunan Belia.
KUCHING, 26 Mac 2025 – Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah, menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Puan Azura Binti Abidin, di pejabatnya di Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), YB Dato Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Encik Morshidi Fredrick, Timbalan Pembangunan Rakan Muda JBSN, Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau. Beberapa pegawai daripada kedua-dua kementerian juga hadir.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara JBSN dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha pembangunan belia dan sukan. Antara inisiatif utama yang dibincangkan termasuk Program Integrasi Belia Semenanjung-Borneo, yang bertujuan memperkasa perpaduan dan pertukaran budaya antara belia dari Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Program ini akan memberi peluang kepada belia untuk memahami keunikan budaya, kepimpinan, dan keusahawanan di kedua-dua wilayah.
Selain itu, perbincangan turut menekankan pelaksanaan Program Sukarelawan Belia ASEAN (ASEAN Youth Volunteer Program) yang bertujuan melahirkan belia berjiwa sukarelawan dalam kalangan negara-negara ASEAN. Program ini akan memperkasa belia Sarawak dengan pengalaman dan kemahiran dalam bidang kesukarelawanan serta memberi peluang kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat antarabangsa.
YB Dato Sri Haji Abd Karim menyambut baik kerjasama ini dan berharap ia dapat memperkukuh jaringan strategik antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam pembangunan belia. Beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti ini amat penting dalam membentuk belia yang dinamik, berdaya saing, dan berwawasan tinggi.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus bekerjasama dalam melaksanakan program pembangunan belia yang lebih inklusif dan berimpak tinggi demi manfaat generasi muda Malaysia.
BETONG, 6 Mac 2025 – Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih Kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan pada 27 Februari 2025. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh dua orang pemeriksa (pemverifikasi) yang dilantik oleh JBS Sarawak iaitu Puan Olivia anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pemeriksaan ini adalah untuk menyemak aset pejabat yang hendak dilupuskan atas sebab fizikal aset sudah rosak dan tidak berfungsi lagi. Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong mewakili PBSB Betong mengucapkan terima kasih di atas kehadiran mereka.
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 25 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagia Sibu telah mengadakan Kunjungan hormat ke atas Panglima 9 Briged bertempat di Markas 9 Briged, Sibu. Tujuan utama lawatan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membina dan meluaskan hubungan kerjasama dari segi perlaksanaan program dan jaringan kerjasama dua hala antara dua agensi. Pertemuan tersebut telah di sambut oleh Briged Jeneral Jafri bin Sulaiman, Panglima 9 Briged bersama pegawai-pegawai. Manakala Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah di ketuai oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan hadir bersama pegawai serta kakitangan. Diharapkan agar kerjasama antara dua agensi ini akan dapat terlaksana bagi tahun 2025. #TeamPBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #TeamKBS
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 25 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa Ramadhan pada 24 Mac 2025 di Tone Wow Cafe, Mukah anjuran Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Mukah. Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir ke majlis tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Yakub Arbi, ADUN N.58 Balingian dan Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Kedua-dua pemimpin tersebut sempat beramah mesra bersama jemputan yang hadir antaranya ketua jabatan dan wakil ketua jabatan, sukarelawan belia serta kakitangan pejabat MYSED Mukah.