- JBS Sarawak
- Hits: 33
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan Sosial Bahagian Kapit Bilangan 1 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 2 APRIL 2026 – Pentadbiran Bahagian Kapit telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Sosial Bahagian Kapit Bil. 1/2026, bertujuan memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan memantau status projek sosioekonomi di kawasan pedalaman di Daerah Kapit, Daerah Song, Daerah Bukit Mabong dan Daerah Belaga.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Residen Bahagian Kapit, Encik Robert Liman Anak Deli , memberi penekanan kepada kecekapan pelaksanaan program pembangunan berimpak tinggi, termasuk program latihan kemahiran, keusahawanan, dan bantuan sokongan budaya bagi masyarakat setempat, terutamanya di kawasan sekitar pedalaman Kapit. Pelantikan Pengerusi Domain Sosial Peringkat Bahagian Kapit juga telah dibuat dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah dilantik sebagai Pengerusi Domain “Penyertaan Sosial”.
Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit turut hadir pada mesyuarat tersebut bersama dengan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan di Bahagian Kapit.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
