Disediakan Oleh : HB.R, JBSN Sarawak.
SRI AMAN, 27 Februari 2025 : Encik Joseph Anak Harry, Nama yang tidak asing lagi dalam melahirkan atlet tinju di Bahagian Betong dan Sri Aman yang juga selaku Presiden kelab Boxing telah membuat kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Kunjungan ini bertujuan untuk berbincang serta memberi pandangan dan panduan dalam menubuhkan satu badan sukan berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS). Kunjungan ini juga turut membincangkan kerjasama dan khidmat yang disediakan oleh PBSB dan PJS untuk dimanfaatkan oleh setiap badan sukan yang telah mendaftar secara rasmi.
Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi jaringan kerjasama diantara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan Kelab Boxing dalam sama-sama bergerak aktif dalam mencapai misi membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan dan pembudayaan sukan di peringkat organisasi, mahupun peribadi ke arah memacuk kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara..
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PbsbSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 75