- JBS Sarawak
- Hits: 73
Mesyuarat Berkala JBSNS Bilangan 2 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak
KAPIT, 16 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama barisan Ketua Pejabat Belia dan Sukan di bahagian telah mengadakan mesyuarat berkala jabatan secara bersemuka pada 8 – 9 April 2026.
Mesyuarat berkala dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Antara agenda utama mesyuarat adalah perbincangan berkenaan pengurusan dan pentadbiran pejabat. Ketua Pejabat di bahagian telah membentangkan laporan pelaksanaan program sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2026.
Tuan Pengarah dalam ucapannya menegaskan kepentingan komitmen padu daripada semua Ketua Jabatan di bahagian agar mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan strategik bagi membina ‘jambatan’ kerjasama yang lebih kukuh.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
