- JBS Sarawak
- Hits: 35
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN BILANGAN. 1/2026 (JKPAK) PRINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh: ZL. JBSN Sarawak.
KUCHING, 08 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil. 1/2026 telah diadakan di bilik mesyuarat Santubong, Aras 3 Kompleks Belia dan sukan Negeri Sarawak bagi meneliti status semasa pengurusan aset alih serta membincangkan langkah penambahbaikan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan jabatan serta pegawai – pegawai bahagian. Antara perkara utama dibincangkan ialah laporan kedudukan aset semasa, perolehan baharu, pelupusan aset, serta isu-isu berkaitan dengan aset dan penyelesaian.
Pengerusi dalam ucapannya menegaskan kepentingan pengurusan aset yang cekap, telus dan berintegriti bagi memastikan aset kerajaan dimanfaatkan secara optimum.
Selain itu, mesyuarat turut mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk memperkukuh pemantauan, meningkatkan kecekapan sistem pengurusan aset, serta memastikan pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia - Tatacara Pengurusan Aset (TPA).
Mesyuarat ditangguhkan dengan persetujuan untuk terus mempertingkatkan tadbir urus aset alih kerajaan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
