- JBS Sarawak
- Hits: 20
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) BIL. 1/2026 PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan Oleh: ZL. JBSN Sarawak.
KUCHING, 08 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Bil. 1/2026 peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan di bilik mesyuarat Santubong, Aras 3 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi membincangkan kedudukan semasa pengurusan kewangan jabatan serta langkah penambahbaikan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan jabatan serta pegawai – pegawai bahagian. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk prestasi perbelanjaan, pengurusan peruntukan, status bayaran, serta pematuhan kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Pengerusi dalam ucapannya menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah, telus dan berintegriti bagi memastikan penggunaan peruntukan secara optimum dan berkesan.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan isu-isu berbangkit serta mencadangkan langkah penambahbaikan termasuk memperkukuh pemantauan perbelanjaan, meningkatkan kecekapan pengurusan akaun, dan memastikan pematuhan kepada garis panduan kewangan.
Mesyuarat ditangguhkan dengan komitmen untuk terus mempertingkatkan tadbir urus kewangan jabatan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
