- JBS Sarawak
- Hits: 10
PBSB Betong Komited Dalam Membimbing Penubuhan Kelab Sukan Selaras Dengan Garis Panduan Pesuruhjaya Sukan Malaysia
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak
BETONG, 15 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada Encik Ramedi pada 13 April 2026 yang hadir bagi mendapatkan bimbingan berkaitan proses pendaftaran sebuah badan sukan iaitu Kelab Sukan Dart Debak.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberi penerangan mengenai prosedur permohonan pendaftaran badan sukan melalui sistem eROSA. Pihak pejabat turut menzahirkan komitmen untuk membantu agar proses pendaftaran kelab ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Semoga penubuhan kelab ini berjaya dan menjadi sebuah platform yang bermanfaat kepada para peminat sukan dart, sekali gus menyemarakkan lagi budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
