MIRI, 20 April 2026 – Kelab Xiang Qi Baram telah melaksanakan program di bawah Dana Sukan Komuniti KBS iaitu Kejohanan Xiang Qi Daerah Baram 2026 pada 19 April 2026. Bertempat di Dewan SJK Chung Hua Marudi, kejohanan tersebut mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan permainan tradisional catur Cina dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Baram turut serta dalam kejohanan tersebut.
Miri, 18 April 2026 - Program KBS Biggest Loser Peringkat Negeri Sarawak telah bermula pada 18 April 2026 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dengan penyertaan yang memberangsangkan. Program ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti pembukaan yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih sihat dan aktif.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di samping penglibatan pihak Yakult yang telah menyampaikan taklimat berkaitan pemakanan sihat dan penjagaan sistem penghadaman.
Program yang berlangsung selama empat bulan ini dijadualkan berakhir pada 18 Ogos 2026. Sepanjang tempoh tersebut, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti kecergasan, pemantauan kesihatan serta bimbingan pemakanan bagi membantu mencapai penurunan berat badan secara sihat dan berkesan.
MIRI, 27 APRIL 2026 – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Miri berlangsung dengan meriah apabila dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, pada 25 April 2026 di Stadium Miri.
Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula dari 24 hingga 26 April 2026, merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mendekati rakyat serta menyampaikan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian pembangunan negeri secara lebih menyeluruh. Penganjuran program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri turut hadir bagi menyemarakkan majlis perasmian serta menunjukkan sokongan terhadap penganjuran program berimpak tinggi ini. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat jelas mencerminkan sambutan positif dan komitmen bersama dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.
Antara tarikan utama program ialah Sarawak Pavilion yang menempatkan pameran serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan. Inisiatif ini membolehkan rakyat mendapatkan maklumat, berurusan secara terus, dan mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi dengan lebih mudah dan efisien.
Penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 di Bahagian Miri diharap dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan kesedaran rakyat terhadap inisiatif kerajaan, serta menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadap kemajuan yang telah dicapai oleh Sarawak.
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak KUCHING, 24 April 2026 – Satu sesi perbincangan penyelarasan telah diadakan bagi memantapkan persiapan sempena lawatan kerja kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dijadualkan pada 28 April 2026. Lawatan ini bakal melibatkan kehadiran YBM, YBTM, YBhg. KSU, dan Ketua Pengarah KBS Malaysia ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Kompleks, Encik Eshady Bin Ahmad, dan turut dihadiri oleh wakil kontraktor perkhidmatan keselamatan, pembersihan, serta penyelenggaraan kolam. Fokus utama perbincangan adalah bagi memastikan tahap kesiapsiagaan fasiliti berada pada tahap optimum, aspek keselamatan terjamin, dan kebersihan kawasan kompleks memenuhi piawaian yang ditetapkan. Encik Eshady menegaskan kepentingan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran acara serta memberikan impresi terbaik sepanjang lawatan delegasi tertinggi tersebut berlangsung. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNSarawak #JBSNBersama #MalaysiaMADANI
KUCHING, 28 April 2026 – Siri jelajah Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 bagi Siri 1 Zon Borneo telah berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Dewan Kampung Semeba, Kuching. Program ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari yang turun padang menyantuni pelbagai lapisan golongan muda. Inisiatif ini membuka ruang interaksi secara langsung dan santai antara belia dengan barisan kepimpinan kerajaan.
Penganjuran KIBAR bukan sekadar medium untuk menyampaikan maklumat, malah ia merupakan platform kritikal untuk mendengar suara dan cabaran anak muda di peringkat akar umbi. Segala input yang diperolehi melalui sesi town hall akan diangkat sebagai asas penting dalam merangka dasar nasional dan pelaksanaan program kementerian pada masa hadapan. Penekanan terhadap kepentingan melengkapkan belia, terutamanya kelompok luar bandar dan mereka yang belum berpersatuan, dengan ilmu serta teknologi agar mampu bersaing di peringkat ASEAN dan global. Sukan juga terus diangkat sebagai elemen penting dalam penyatuan masyarakat.
Turut hadir dalam program ini ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), YB Datuk Gerald Rentap Jabu, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat Nyalau.
SARIKEI, 25 April 2026 - sebanyak 10 pasukan telah menyertai Pertandingan Model Teknologi Hijau anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei sempena Program Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda peringkat negeri Sarawak.
Kumpulan EcoCity Innovator dari SMK St. Anthony telah menjuarai pertandingan ini dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 berserta sijil pencapaian dan pengiktirafan. Hadiah disampaikan oleh YBrs Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah, BPRM, JBSN Sarawak.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai aktiviti ini.
SARIKEI, 25 April, 2026 - Sempena program Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Sarawak telah mengadakan aktiviti RC Crawler Fun Trail 4X4. Aktiviti telah dikendalikan oleh Pegawai yang berpengalaman dalam bidang RC iaitu Encik Szuhady bin Mohd. Urey dari BPRM, JBSN Sarawak.
Sepanjang program, aktiviti ini paling mendapat tumpuan pengunjung terutamanya golongan muda. Selain daripada kemahiran mengendalikan RC, manafaat aktiviti ini juga ialah, pesert dapat melakukan pergerakan fizikal sepanjang trek disamping dapat melakukan aktiviti riadah bersana rakan. Aktiviti ini juga mesra alam kerana tidak menggunakan minyak petrol dan dijalankan dalam kawasan trek yang terkawal.
SARIKEI, 24 April 2026 - Sempena dengan aktiviti menanam pokok, Program Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak, Pejabat Hutan Wilayah Sarikei yang juga merupakan rakan strategik program ini telah menyumbang anak pokok nasib atau nama lainnya Bucida Molinetii untuk ditanam semasa program ini berserta tanah 'top soil'.
Penyerahan anak pokok Bucida Molinetii telah disampaikan olen Encik Bin anak Umal, mewakili Pegawai Hutan Wilayah Sarikei kepada Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
PBSB Sarikei merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Hutan Wilayah Sarikei atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan program ini.
SARIKEI, 26 April 2026 - SABERKAS Meradong dengan kerjasama Kelab Bolasepak Bintangor (BFC) telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) Daerah Meradong. Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari pada 25-26 Apeil 2026 bertempat di Kompleks Sukan Bintangor. Seanyak 16 pasukan dari bahagian Sarikei, Sibu dan Mukah menyertai kejohanan ini.
Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir Encik Leo Matthias, Pengetua SMK Bandar Bintangor.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua peserta yang terlibat. Semoga dengan selogan "Our Community, Our Team, Our Pride", aktiviti belia dan sukan di Meradong akan terus maju.