- JBS Sarawak
- Hits: 23
Inisiatif Sihat KBS: Biggest Loser Sarawak 2026 Dilancarkan di Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh : Steph.W.S., JBSN Sarawak
Miri, 18 April 2026 - Program KBS Biggest Loser Peringkat Negeri Sarawak telah bermula pada 18 April 2026 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dengan penyertaan yang memberangsangkan. Program ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti pembukaan yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih sihat dan aktif.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di samping penglibatan pihak Yakult yang telah menyampaikan taklimat berkaitan pemakanan sihat dan penjagaan sistem penghadaman.
Program yang berlangsung selama empat bulan ini dijadualkan berakhir pada 18 Ogos 2026. Sepanjang tempoh tersebut, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti kecergasan, pemantauan kesihatan serta bimbingan pemakanan bagi membantu mencapai penurunan berat badan secara sihat dan berkesan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
