- JBS Sarawak
- Hits: 13
KIBAR 2026 Siri 1 Sarawak Angkat Inspirasi Belia Akar Umbi
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KUCHING, 28 April 2026 – Siri jelajah Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 bagi Siri 1 Zon Borneo telah berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Dewan Kampung Semeba, Kuching. Program ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari yang turun padang menyantuni pelbagai lapisan golongan muda. Inisiatif ini membuka ruang interaksi secara langsung dan santai antara belia dengan barisan kepimpinan kerajaan.
Penganjuran KIBAR bukan sekadar medium untuk menyampaikan maklumat, malah ia merupakan platform kritikal untuk mendengar suara dan cabaran anak muda di peringkat akar umbi. Segala input yang diperolehi melalui sesi town hall akan diangkat sebagai asas penting dalam merangka dasar nasional dan pelaksanaan program kementerian pada masa hadapan.
Penekanan terhadap kepentingan melengkapkan belia, terutamanya kelompok luar bandar dan mereka yang belum berpersatuan, dengan ilmu serta teknologi agar mampu bersaing di peringkat ASEAN dan global. Sukan juga terus diangkat sebagai elemen penting dalam penyatuan masyarakat.
Turut hadir dalam program ini ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), YB Datuk Gerald Rentap Jabu, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat Nyalau.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSNSarawak
