- JBS Sarawak
- Hits: 8
Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Miri Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 27 APRIL 2026 – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Miri berlangsung dengan meriah apabila dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, pada 25 April 2026 di Stadium Miri.
Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula dari 24 hingga 26 April 2026, merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mendekati rakyat serta menyampaikan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian pembangunan negeri secara lebih menyeluruh. Penganjuran program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri turut hadir bagi menyemarakkan majlis perasmian serta menunjukkan sokongan terhadap penganjuran program berimpak tinggi ini. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat jelas mencerminkan sambutan positif dan komitmen bersama dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.
Antara tarikan utama program ialah Sarawak Pavilion yang menempatkan pameran serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan. Inisiatif ini membolehkan rakyat mendapatkan maklumat, berurusan secara terus, dan mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi dengan lebih mudah dan efisien.
Penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 di Bahagian Miri diharap dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan kesedaran rakyat terhadap inisiatif kerajaan, serta menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadap kemajuan yang telah dicapai oleh Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
