Persediaan Rapi Sambut Lawatan Kepimpinan Tertinggi KBS ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Persediaan Rapi Sambut Lawatan Kepimpinan Tertinggi KBS ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak


Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 24 April 2026 – Satu sesi perbincangan penyelarasan telah diadakan bagi memantapkan persiapan sempena lawatan kerja kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dijadualkan pada 28 April 2026. Lawatan ini bakal melibatkan kehadiran YBM, YBTM, YBhg. KSU, dan Ketua Pengarah KBS Malaysia ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Kompleks, Encik Eshady Bin Ahmad, dan turut dihadiri oleh wakil kontraktor perkhidmatan keselamatan, pembersihan, serta penyelenggaraan kolam. Fokus utama perbincangan adalah bagi memastikan tahap kesiapsiagaan fasiliti berada pada tahap optimum, aspek keselamatan terjamin, dan kebersihan kawasan kompleks memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Encik Eshady menegaskan kepentingan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran acara serta memberikan impresi terbaik sepanjang lawatan delegasi tertinggi tersebut berlangsung.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search