- JBS Sarawak
- Hits: 76
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PERLINDUNGAN BIL. 1/2026 (JKP) PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 76
Disediakan Oleh: ZL. JBSN Sarawak.
KUCHING, 08 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Bil. 1/2026 telah diadakan diadakan di bilik mesyuarat Santubong, Aras 3 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi membincangkan tahap keselamatan dan langkah-langkah perlindungan di jabatan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan jabatan serta pegawai – pegawai bahagian. Antara perkara yang dibincangkan termasuk tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan maklumat, serta pematuhan kepada prosedur keselamatan yang ditetapkan.
Pengerusi menegaskan kepentingan pematuhan terhadap arahan keselamatan bagi memastikan perlindungan aset, dokumen rasmi dan maklumat kerajaan sentiasa terjamin.
Selain itu, beberapa langkah penambahbaikan turut dicadangkan termasuk memperkukuh kawalan keselamatan, meningkatkan kesedaran warga kerja, serta melaksanakan pemantauan secara berkala.
Mesyuarat ditangguhkan dengan komitmen untuk terus mempertingkatkan tahap keselamatan dan perlindungan jabatan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
