- JBS Sarawak
- Hits: 70
PROGRAM SEDEKAH RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG MENCERIAKAN LEBARAN YANG BAKAL BERTANDANG
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – “Berkongsi Rezeki Berbagi Kebahagiaan”
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama MAKSAK Bahagian Limbang, MAKSAK wanita Bahagian Limbang,Majlis Keselamatan jalan raya (MKJR) serta Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) telah menganjurkan program Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Program Sedekah Ramadan Peringkat Bahagian Limbang Minggu lalu sempena bulan suci Ramadhan yang bertempat dia jambatan Bukit Mas,Limbang. Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut sama menyertai program tersebut yang dijalankan dengan penuh meriah.
Objektif program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki serta menyampaikan sumbangan topi keledar serta pek makanan kepada pengguna jalan raya. Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat memberikan sedikit impak kepada pengguna jalan raya agar berhati hati ketika memandu menjelang musim perayaan ini. Langkah ini juga diharapkan dapat mengilhamkan yang lain untuk turut serta dalam usaha meringankan bebanan orang lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 70