Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negara Bilangan 3 Tahun 2026

Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negara Bilangan 3 Tahun 2026

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 15 APRIL 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 3 Tahun 2026 secara hibrid pada 13 April 2026 melibatkan semua warga kerja JBSN di peringkat negeri, daerah/ bahagian/ kawasan serta APBM Port Dickson. 

Semasa perhimpunan tersebut Yang Berusaha Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN telah menyampaikan kata-kata amanat kepada semua warga kerja. Beliau mengingatkan agar semua warga kerja sentiasa menjaga etika perkhidmatan awam, menjalankan tugas dengan berintegriti dan mematuhi arahan perbelanjaan berhemah kerajaan.

Turut diadakan semasa perhimpunan tersebut adalah pemakluman pertukaran keluar/ masuk serta penempatan di JBSN/ Kementerian dan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran warga kerja JBSN. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong turut menghadiri perhimpunan ini secara atas talian.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search