- JBS Sarawak
- Hits: 41
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Betong 2026 Anjuran Layar Hills Sepak Takraw Club (Dana Sukan Komuniti)
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG,13 April 2026 - Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Betong 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 dan 12 April 2026 bertempat di Dewan Sukan SJK (C) Chung Hua Betong. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Layar Hills Sepak Takraw Club dengan penyertaan 29 pasukan sekaligus membuktikan sambutan yang amat menggalakkan.
Pelaksanaan kejohanan ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Abang Ahmad Bin Abg Suhailie, Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong. Turut hadir ialah Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan sukan Bahagian Betong.
Dalam kejohanan tersebut, pasukan Evavior berjaya muncul sebagai johan, diikuti oleh Kesetabb A sebagai naib johan. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan GHT Ranger dan Libas Team A.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Layar Hills Sepak Takraw Club atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini dengan baik. Tidak dilupakan, tahniah kepada semua peserta dan para pemenang atas penyertaan serta pencapaian masing-masing sepanjang kejohanan berlangsung.
#dskkbs2026
#KBSMalaysia
#rakanmuda
#MalaysiaMadani
#pbsbbetong
