- JBS Sarawak
- Hits: 7
Sesi Lawatan TKSUK Pacu Pembangunan Infrastruktur dan Perkhidmatan Awam di Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : Nfks, JBSN Sarawak
13 APRIL 2026, SIBU – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JPPBGP) Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu telah turut serta dalam sesi lawatan rasmi YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri bersama rombongan ke Wisma Persekutuan Sibu Blok 3. Lawatan ini adalah bersempena lawatan pemantauan projek-projek pembangunan di bawah Jabatan/Agensi JPM di Sibu serta lawatan pemantauan kerja-kerja naik taraf di Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu.
Turut hadir bersama rombongan adalah YBhg. Dato Ahmad Nadzri Bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS). Lawatan ini bertujuan menilai tahap keperluan pembangunan semasa, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran dan keselesaan persekitaran kerja warga perkhidmatan awam.
#PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
