Mesyuarat Berkala JBSNS Untuk Suku Kedua Tahun 2026

Mesyuarat Berkala JBSNS Untuk Suku Kedua Tahun 2026

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 13 APRIL 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat berkala jabatan pada 8 hingga 9 April 2026 melibatkan ketua bahagian di ibu pejabat serta ketua pejabat di setiap bahagian secara bersemuka. 

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan hal ehwal pengurusan jabatan, laporan kewangan, aset alih kerajaan dan keselamatan perlindungan jabatan. 

Laporan pelaksanaan program di setiap bahagian sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2026 telah dibentangkan oleh ketua pejabat. Manakala, pembentangan perancangan pelaksanaan program bagi bulan April hingga Disember 2026 telah dilakukan oleh ketua bahagian dari ibu pejabat.

Mesyuarat berkala ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 22:46:57

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search