Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Medium Dua Hala Menyuarakan Pendapat Dan Pandangan

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Medium Dua Hala Menyuarakan Pendapat Dan Pandangan

BETONG, 13 April 2026 -  Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak Bil.2/2026 telah diadakan pada 8 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, Aras 3 Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. 

Mesyuarat Bilangan 2/2026 ini dipengerusikan oleh Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Bersama dengan beliau Encik Tay Nguan Hock, Penolong Pengarah (Pentadbiran), Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah (Sukan) serta pegawai dan kakitangan dari bahagian pentadbiran, kewangan bagi pihak majikan. Turut hadir Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri, Pengerusi Wakil Pekerja beserta wakil dari setiap gred jawatan. 

Hadir sama Cik Jojo anak Tehan daripada Pejabat Belia Dan Sukan Betong wakil pekerja Gred S1. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk         berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan   serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search