- JBS Sarawak
- Hits: 25
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Bangunan Gunasama Persekutuan Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 13 APRIL 2026 – Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama (JPPBGP) Betong telah mengadakan perhimpunan bulanan pertama bagi tahun 2026 bertempat di ruang legar, Wisma Persekutuan Betong pada 2 April 2026.
Perhimpunan ini merupakan salah satu pengisian aktiviti yang telah dirancangkan seperti mana dipersetujui dalam mesyuarat JPPBGP lepas. Ianya sebagai satu kaedah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama di kalangan jabatan dan agensi yang sedia ada di bangunan ini.
Encik Hud bin Mohamad Aleh @ Mohd Salleh selaku Pengerusi JPPBGP Betong telah menyampaikan ucapan beliau semasa perhimpunan tersebut. Kehadiran perhimpunan ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan secara 'potluck' oleh setiap jabatan dan agensi sebagai meraikan kebersamaan dan keharmonian.
