- JBS Sarawak
- Hits: 28
PENGIKTIRAFAN PERKHIDMATAN: KENAIKAN PANGKAT KE GRED S3
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15 April 2026 : Encik Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah dinaikkan pangkat ke Gred S3 berkuat kuasa baru-baru ini sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan awam.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan dedikasi dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai program pembangunan belia serta aktiviti sukan di peringkat komuniti.
Diharapkan dengan kenaikan ini, beliau akan terus menyumbang idea kreatif dan memperkukuh usaha memperkasa belia ke arah gaya hidup sihat, aktif dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#JBSNSarawak
#MalaysiaMadani
