- JBS Sarawak
- Hits: 48
Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 15 APRIL 2026 – Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset yang diketuai Encik Jeremy Luguh dan Puan Stephanie Wendy Stamford telah membuat pemeriksaan pelupusan aset alih kerajaan bagi tahun 2026 pada 14 April 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk mengesahkan aset yang telah rosak dan tidak dapat dibaiki untuk proses pelupusan.
Kehadiran kedua- dua pegawai pemeriksa pelupusan aset telah disambut Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama pegawai dan kakitangan pejabat yang lain. Pejabat berharap proses pelupusan aset seterusnya akan berjalan lancar bagi menyediakan suasana yang lebih kondusif di dalam pejabat setelah aset-aset yang rosak dilupuskan mengikut kaedah yang disyorkan.
