Kunjungan Hormat Bersama YB Tuan Mordi Anak Bimol Perkasa Agenda Sukan Bina Badan

Kunjungan Hormat Bersama YB Tuan Mordi Anak Bimol Perkasa Agenda Sukan Bina Badan

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 13 April 2026 – Satu kunjungan hormat yang amat bermakna dan penuh pencerahan telah diadakan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Mordi Anak Bimol, di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES) Kuching, hari ini.

Dalam sesi tersebut, pihak delegasi telah membentangkan pencapaian serta perkembangan terkini organisasi, termasuk pelbagai kejayaan dan inisiatif yang telah dilaksanakan.

Tumpuan utama pembentangan adalah penganjuran Kejohanan Bina Badan Mr Sarawak Kali Ke-60 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini.

Delegasi Kelab Bina Badan terdiri daripada Presiden, Encik Adrian Wong, Timbalan Presiden, Puan Philomena Dexclyn Siar serta Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), Dr Malvern Abdullah. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Tuan Azizi BinJohari.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi pembangunan sukan bina badan di Sarawak.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search